Feeds:
Kiriman
Komen-komen

AMAL TAJMIK

MERANGKA OBJEKTIF
Dalam keadaan kita bekerja membentuk rijal-rijal menjadi jundiy wa jundiyah, one thing that keeps us going is the ‘hamasah’. Hamasah adalah semangat yang akan menuntun kita untuk terus berlari atas jalan ini, untuk terus menempuh apa saja kepayahan yang mendatang. Tanpa semangat, gerakerja kita menjadi perlahan dan ‘hilang tempo’. Namun hamasah harus dilandasi dengan iman yang mendalam dan kefahaman dakwah yang sejahtera agar dapat terus kekal menuntun kita untuk berjuang. Hamasah, tanpa kehadiran iman dan kefahaman dakwah yang mendalam akan menjadikan kita gagal merangka kejayaan memperluas dakwah, lantas tersungkur jatuh dihambat ujian Allah dek kerana gagalnya kita memperhatikan sunnatullah.

Atas dasar inilah kita harus memulakan setiap perjalanan dakwah kita dengan asas iman dan kefahaman dakwah yang disertakan hamasah yang tinggi. Dan berusahalah membangun hamasah mad’u dan diteruskan dengan membangunkan iman, agar iman ini dapat terus membakar semangat/hamasah mad’u dan me’renew’nya semula.

Hamasah adalah antara ‘tumpuan’ kita dalam menarik perhatian logam-logam ini dalam mentajmik. Tidak dinafikan, setiap gerakerja itu berhak memilih cara manapun untuk ‘memancing’ logam, tetapi salah satu cara yang berkesan bagi waqi’ kita pada masa kini adalah dengan membangkit hamasah memperjuang islam. Kemudiannya hamasah diteruskan dengan pembangkitan iman. Jadi, dalam merangka sesebuah amal tajmik, kita seharusnya jelas apakah hadaf kita (read: matlamat jangka pendek atau objektif, dalam tujuan mencapai sesuatu matlamat yang besar di hujungnya). Kegagalan meletakkan hadaf dalam amal tajmik akan memberi risiko kepada perjalanan kita mentajmik dan mentajnid kelak. [Contoh bosan: kegagalan memotong bawang akan menyebabkan nasi goreng menjadi tak sedap kerana bawang yang berketul2 tidak dapat mengadun rasa. (oh bosannye contoh ini)]

Jadi, tips utama dalam merangka amal tajmik adalah dengan meletakkan satu penanda aras untuk dicapai di akhir program. Sebagai contoh, selepas ISK sepatutnya audiens sudahpun mengetahui sekian-sekian perkara dan bersemangat untuk join usrah/daurah seterusnya. Berusahalah untuk mencapai hadaf ini, selain berusaha untuk membangkitkan semangat mereka melibatkan diri dengan follow-up seterusnya. Kemudian, fikirkan dan rangkalah perancangan tajnid secara rambang.(e.g: mungkin setelah lima liqo’ follow-up, adik tersebut harus sudah mencapai sekian dan sekian. Dan setelah enam bulan bersama, adik saya perlu menjadi muayyid atau muntasib. Ini contoh sajelah)

Pointnya di sini adalah ‘psiko’ yang kita nak sampaikan, serta ke mana hendak kita halakan logam-logam mentah yang belum ditempa ini. Ingat, nabi berpesan-innamal a’malu binniyyat. Jadi, niyat kita memberi impak besar kepada akhir cerita kita ini nanti. Perancangan tajnid secara rambang dapat membantu kita tentang ‘perkara’ apa yg nak di-psycho-kan. Thus memastikan amal kita punyai misi yg jelas.

SISI KEMANUSIAAN
Jangan dilupakan, kita ini dalam usaha menimbulkan ‘rela’ di hati mereka utk menggabungkan diri dalam barisan kita. jadi, satu perkara yang MESTI diingat adalah kita perlu menjaga sisi-sisi kemanusiaan yang akan menentukan terbukanya hati mereka. Bukan sedikit orang yang terkesan dengan dakwah ini dan akhirnya menggabungkan diri dalam saff da’ie kerana ‘sentuhan-sentuhan’ keramat dari individu-individu yang mengikat hatinya. maka contohilah kisah2 mereka ini.

Berusahalah untuk menjaga hati mad’u dan mengikatnya serta menyantuni hatinya. Sesungguhnya hati itu raja seluruh tubuh, jika hati sudah terikat dengan izin-Nya, maka akan berlakulah tautan hati di jalan ini. Usah rosakkan mood mad’u dengan ayat-ayat mahupun mimik wajah yang tidak bersesuaian.

Masih teringat, seorang sang murabbi pernah menegur satu perkataan yang ana guna di hadapan mad’u iaitu ‘adik’ v/s ‘budak’. Ayatnya sangat simple, yang ana tuturkan kepada seorang sister dari pihak ‘kakak2’;- “Aminah ni budak Uni ABC”. Straight away ana ditegur; “bukan BUDAK, tapi ADIK… ADIK Uni ABC”

Perhatikan di sini, sesetengah perkataan mahupun riak wajah barangkali akhirnya membawa inqilabiyah terbesar dalam hidup seorang mad’u. Atau bisa sahaja mad’u2 kita pulang tanpa sebarang perubahan dalam hidupnya hanya kerana kata-kata dan riak wajah kita yang kurang ‘warmth’ atau ‘not-welcoming’. Jadi perhatikanlah sisi-sisi kemanusiaan ini, ikatlah hati mad’u dengan sahsiah kita agar dapat kita ikat hatinya dengan islam kelak.

Jadi, segala arahan atau instruction harus diberikan dengan ayat2 yang paling ‘halus’. Pastikan mad’u kita sentiasa merasa ‘related’ dengan kita, supaya dia dapat merasakan isi yang kita sampaikan itu dekat di hati. (kenapa TV selalu dekaat di hati orang? Apa yang orang tv cakapkan sampai penonton boleh ketawa bila dia berlawak, dan menangis melihat scene2 sedih? Fikir2kan)

ANTARA ADAB DAN SYARAK
Satu lagi perkara yang harus diberi perhatian adalah adab dan syarak. Adab, pada sesetengah kondisi memanglah tidak terkait dengan syarak. Tetapi jika tidak diperhatikan, bakal merisikokan kita melanggar syarak. Err faham ke?

Camni, kita ambillah satu adab yang paling common semasa kita menjalankan amal ini; adab pergaulan untuk dicontohkan.

Kita adalah cerminan. Adik-adik akan mengikut apa saja yang kita berikan, sama ada secara sedar atau tidak. Adakala, apabila telah tersentuh hatinya, hattakan segala perkara kecil juga akan mereka tiru. Apatah lagi yang besar2. Jika sekiranya yang kecil2 hingga besar itu semuanya baik belaka yang ditirunya maka Alhamdulillah. Tetapi jika sebaliknya? Ingatlah, apabila telah terungkai kunci hatinya, maka mad’u itu pasti akan bersedia menerima apa saja yang diberi. Termasuklah yang diberi oleh kita secara tidak kita sedari!

Jadi, perkara-perkara seperti menjaga adab dan batas pergaulan haruslah dititikberatkan. Sensitiflah dengan adab ini, kerana kita akan mendidik mereka melalui apa yang dipertontonkan kepada mereka. Takkanlah kita nak mendidik Islam yang tercampur-campur? Di satu sudut kita beriya-iya menegakkan islam, di sudut yang lain kita mencerminkan kelemahan islam yang kita pegang. Ayuh muhasabah bersama, kerana ini tidak lebih dari peringatan untuk diri ana sendiri.

PERSEDIAAN RUHI
Akhir sekali, janganlah dilupa agar mempersediakan sumber kekuatan yang paling powerful. Itulah dia persediaan ruhi, yang terdiri dari segala macam wajibaat yang perlu kita lengkapi. Paling utama-ciri mukmin yang hanya ada pada mukmin: sujud di mihrab dan rintihan istighfar di waktu sahur… Kerana persediaan inilah yang memberi kekuatan yang begitu seni, namun cukup mantap untuk membuat kita mampu mengesat peluh apabila lelah berlari, bingkas bangun apabila jatuh menyungkur.

Akhir sekali, pastilah kepada Allah sahajalah kita pulangkan segalanya, moga diterima amal kita. Perbetuli niat kita beramal. Moga Allah mencampakkan ikhlas di hati kita, walau apapun outcome amal kita kemudiannya nnt. Bertawakkallah, pasti ada habuan yang mendatang!

Inspirasi

Tidak berapa lama dahulu, ana berpeluang diskusi dengan beberapa aktivis-aktivis yang terkehadapan dalam arena dakwah. Satu daripadanya Ustaz Mustafa Tahan dari Timur Tengah, yang pendapatnya begitu membekas walau disampaikan dengan nada bersahaja.

Bagi ana, sosoknya sudah cukup menggambarkan tawadhuknya. Wajahnya tenang, pembawakan dirinya begitu low-profile. Tiada jubah, tiada igal. Hanya bercelana slack serta berkemeja T berkolar. Namun, terpancar kekuatan pada wajahnya. Ustaz sepertinya, memang daie tauladan. Tidak perlu mengutarakan pendapat dengan bertegang leher, cukup sekadar nasihat-nasihat penuh hikmah lantas kata-katanya terus saja memberi impak besar kepada kami yang mendengar. Inilah yang dikatakan daie yang sememangnya bercakap melalui ‘amal. Kata-kata yang hanya sedikit mampu memberi impak yang besar. Masha-Allah.

Salah satu perkara yang ditegur beliau dengan ‘tajamnya’ adalah tentang syabab dan muzik. Nyata, beliau kurang senang dengan the growing number of nasheed yang sudah tidak seperti nasheed. Nasheed pada akarnya harus bertepatan landas-landas Islam serta membangkit semangat juang. Sebagai aktivis dakwah, harus juga nasheed yang didengari itu bertepatan dengan ‘thiqah’ seorang daie. Ada benarnya, kerana memang sesetengah perkara tidak selayaknya dilakukan oleh daie atau murabbi. =) Beliau meminta para pemuda merujuk kepada kompilasi anasheed yang liriknya dicipta oleh daie-daie yang soleh yang antaranya Ustaz Yusuf Qardhawi.

Satu sifat beliau yang amat menarik perhatian ana adalah bagaimana beliau begitu teliti menghubungkaitkan semua isu dengan perancangan dakwah. Ana fikir, inilah dia sifat manusia yang akan mencetus revolusi ketamadunan, bila mana semua perkara dilihat melalui kaca mata dakwah. Tiada kepentingan lain yang difikirkan melainkan hanya Islam. Semua perkara dibuat demi dakwah. Semua isu dinilai, kemudian dihubungkaitkan dengan maslahah dakwah. Padanya, hanya satu kepentingan yang diambilkira: itulah kepentingan dakwah!

Bagi seorang daie, tiada apa lagi yang bernilai padanya melainkan melihat Islam tertegak atas bumi Allah ini. Kerana daie tentunya akan selalu ingat bahawa Allah telah berjanji menukarkan orang yang enggan membela Allah dengan mereka yang lebih baik, lebih menyayangi-Nya. Lantaran ini, tiada lain yang menjadi tujuan hidup daie, melainkan menjalankan tugas ‘abid dan khalifah. Kerana itulah segalanya demi dakwah. Cita-citanya begitu besar, pemikirannya begitu lebar.
Ana kira daie seperti Ustaz Mustafa -dan banyak lagi daie yang kita tidak tahu namanya tetapi Allah mengetahuinya- barangkali sudah ‘hilang’ kampungnya, kerana seluruh masanya ke hulu ke hilir mengemudi bahtera dakwah. SubhanaLLah. Di saat para ‘pelanduk’ yang jinak tidur nyenyak di ‘kampung’ asalnya, daie sepertinya ke sana ke mari mencari jundi dakwah, mengejutkan yang nyenyak agar bangkit dari lena. Tanah air bagi seorang daie bukan lagi tanah tempat lahirnya, tetapi aqidahnya. Maka untuk apa lagi berkorban jika bukan untuk bertemu Haura sambil menikmati raheeq makhtum dan thalhah di Jannah?

Syurga itu benar ada, sebagaimana neraka itu benar wujudnya. Daie seharusnya memilih yang pertama, lantas menuntun umat manusia ke jalan yang sama. Jangan dibiar mereka terjun ke jurang itu, kerana kita harus bimbang kalau-kalau kaki kita ditariknya sama! Mereka ini layak menjadi inspirasi, hanya tinggal kita menjalankan peranan kita…

Currently listening: ‘Di Manakah Abi’.
Mode: Awaiq

Tariq ilal Jinan…

Jalan ini adalah laluan yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki dan kehidupan masa depannya.

Jalan ini
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan istirehat dan tuntutan hawa nafsu,
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang kesempitan dadanya dan tidak mempunyai kekuatan,
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menerima kata cemuhan apatah lagi berkorban harta dan wang ringgit,
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang berkeras dan bertegang dengan pendapatnya sendiri sedangkan beliau tidak mengerti.

Jln ini adlh
Jln pembersihan dan mengajar mengekang diri,
Jln rahmat dan jalan kemuliaan,
Jln yang menagih kesabaran dan ketahanan,
Jln kebebasan dan ketinggian,
Jln kejujuran dan keikhlasan…

Ust Fathi Yakan
Apa ertinya saya menganut Islam

 INILAH JALANKU. MANA JALAN KAMU?

Bukan Yang Pertama

Ini entah yang keberapa. Mungkin ini sudut lembar digital yang ketiga milik ana. Yang pertama dan kedua, semuanya terasa perlu diabadikan menjadi bacaan peribadi saja. Entah kenapa, pada skala-skala tertentu atas garisan masa kehidupan, akan tiba masanya ana terasa perlu untuk mencari titik pusingan graf hidup. Terasa hilang daya untuk terus melukis garisan menaik, sedangkan mata pena sudah mula hilang dakwatnya.

Mengapa ya? Barangkali kerana mengidamkan “a fresh new start” untuk beberapa perkara. Barangkali juga kerana ingin menguburkan kisah-kisah dan pengalaman yang lama-lama.  Barangkali juga mahu memulakan sesuatu yang baru dan menyegarkan. Tentunya semua ini lantaran semangat-semangat baru sudah mula menguasai atma paling dalam, menyubur tekal dan menyuarakan bisikan-bisikan untuk terus thabat mengharung seribu macam mehnah.

Melangkahkan kaki atas jalan dakwah bukan sesuatu yang mudah. Hanya mata yang telah memakai lensa islami saja yang akan terus melihat jalan untuk disusur ini penuh terang dan nyata. Timbunan ‘sampah materialism’ yang menghempap dan menebak sisa-sisa iman yang mula bercambah dalam hati pastinya akan memberi kabur pada mata yang memandang. Apapun, tentulah Allah yang Maha Mencipta itu yang memegang qadar segalanya. Jadi, berharaplah hanya pada-Nya.

Kadangkala langkahan menjadi perlahan apabila semangat mula digodam ujian. Adakalanya syaitan mula membisik bahawa kerja membina ummah ini seolah membina istana pasir. Takkan mampu terbina tinggi, akan roboh dihempas ombak. Namun, semangat-semangat orang lama baik jauh dan dekat membuatkan hati kepingin melaungkan slogan mereka; “Inilah aku! Inilah jalanku!”

Manusia sebenarnya hanya akan menjadi mulia tatkala menjulang islam dalam jiwanya. Tanpa islam, segalanya hilang makna. Ayuh rasakan getarannya. Getaran inqilabiyyah atas dasar iman! Jangan gentar, jangan pernah sesal berada atas jalan ini. Katakanlah; “inilah jalanku, aku mengajak manusia kepada Allah dengan hujah yang nyata…” (Surah Yusuf : 108)

Salam juang dari DaieyahMalaya yang (insyaAllah) baru memulakan langkah lajunya.  Wassalam.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.