Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘dakwah’ Category

Inspirasi

Tidak berapa lama dahulu, ana berpeluang diskusi dengan beberapa aktivis-aktivis yang terkehadapan dalam arena dakwah. Satu daripadanya Ustaz Mustafa Tahan dari Timur Tengah, yang pendapatnya begitu membekas walau disampaikan dengan nada bersahaja.

Bagi ana, sosoknya sudah cukup menggambarkan tawadhuknya. Wajahnya tenang, pembawakan dirinya begitu low-profile. Tiada jubah, tiada igal. Hanya bercelana slack serta berkemeja T berkolar. Namun, terpancar kekuatan pada wajahnya. Ustaz sepertinya, memang daie tauladan. Tidak perlu mengutarakan pendapat dengan bertegang leher, cukup sekadar nasihat-nasihat penuh hikmah lantas kata-katanya terus saja memberi impak besar kepada kami yang mendengar. Inilah yang dikatakan daie yang sememangnya bercakap melalui ‘amal. Kata-kata yang hanya sedikit mampu memberi impak yang besar. Masha-Allah.

Salah satu perkara yang ditegur beliau dengan ‘tajamnya’ adalah tentang syabab dan muzik. Nyata, beliau kurang senang dengan the growing number of nasheed yang sudah tidak seperti nasheed. Nasheed pada akarnya harus bertepatan landas-landas Islam serta membangkit semangat juang. Sebagai aktivis dakwah, harus juga nasheed yang didengari itu bertepatan dengan ‘thiqah’ seorang daie. Ada benarnya, kerana memang sesetengah perkara tidak selayaknya dilakukan oleh daie atau murabbi. =) Beliau meminta para pemuda merujuk kepada kompilasi anasheed yang liriknya dicipta oleh daie-daie yang soleh yang antaranya Ustaz Yusuf Qardhawi.

Satu sifat beliau yang amat menarik perhatian ana adalah bagaimana beliau begitu teliti menghubungkaitkan semua isu dengan perancangan dakwah. Ana fikir, inilah dia sifat manusia yang akan mencetus revolusi ketamadunan, bila mana semua perkara dilihat melalui kaca mata dakwah. Tiada kepentingan lain yang difikirkan melainkan hanya Islam. Semua perkara dibuat demi dakwah. Semua isu dinilai, kemudian dihubungkaitkan dengan maslahah dakwah. Padanya, hanya satu kepentingan yang diambilkira: itulah kepentingan dakwah!

Bagi seorang daie, tiada apa lagi yang bernilai padanya melainkan melihat Islam tertegak atas bumi Allah ini. Kerana daie tentunya akan selalu ingat bahawa Allah telah berjanji menukarkan orang yang enggan membela Allah dengan mereka yang lebih baik, lebih menyayangi-Nya. Lantaran ini, tiada lain yang menjadi tujuan hidup daie, melainkan menjalankan tugas ‘abid dan khalifah. Kerana itulah segalanya demi dakwah. Cita-citanya begitu besar, pemikirannya begitu lebar.
Ana kira daie seperti Ustaz Mustafa -dan banyak lagi daie yang kita tidak tahu namanya tetapi Allah mengetahuinya- barangkali sudah ‘hilang’ kampungnya, kerana seluruh masanya ke hulu ke hilir mengemudi bahtera dakwah. SubhanaLLah. Di saat para ‘pelanduk’ yang jinak tidur nyenyak di ‘kampung’ asalnya, daie sepertinya ke sana ke mari mencari jundi dakwah, mengejutkan yang nyenyak agar bangkit dari lena. Tanah air bagi seorang daie bukan lagi tanah tempat lahirnya, tetapi aqidahnya. Maka untuk apa lagi berkorban jika bukan untuk bertemu Haura sambil menikmati raheeq makhtum dan thalhah di Jannah?

Syurga itu benar ada, sebagaimana neraka itu benar wujudnya. Daie seharusnya memilih yang pertama, lantas menuntun umat manusia ke jalan yang sama. Jangan dibiar mereka terjun ke jurang itu, kerana kita harus bimbang kalau-kalau kaki kita ditariknya sama! Mereka ini layak menjadi inspirasi, hanya tinggal kita menjalankan peranan kita…

Currently listening: ‘Di Manakah Abi’.
Mode: Awaiq

Advertisements

Read Full Post »

Tariq ilal Jinan…

Jalan ini adalah laluan yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki dan kehidupan masa depannya.

Jalan ini
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan istirehat dan tuntutan hawa nafsu,
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang kesempitan dadanya dan tidak mempunyai kekuatan,
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menerima kata cemuhan apatah lagi berkorban harta dan wang ringgit,
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang berkeras dan bertegang dengan pendapatnya sendiri sedangkan beliau tidak mengerti.

Jln ini adlh
Jln pembersihan dan mengajar mengekang diri,
Jln rahmat dan jalan kemuliaan,
Jln yang menagih kesabaran dan ketahanan,
Jln kebebasan dan ketinggian,
Jln kejujuran dan keikhlasan…

Ust Fathi Yakan
Apa ertinya saya menganut Islam

 INILAH JALANKU. MANA JALAN KAMU?

Read Full Post »